Minyak Aura Rezeki Minyak Penga
|
Scan' Dan Rawatan Jarak Jauh
Dalam bidang ilmu perubatan Islam, isu yang julung kali menjadi perbalahan dan
perbahasan bagi setiap pihak adalah berkenaan teknik pandangan atau 'scan' dan
rawatan secara jarak jauh. Apabila ilmuwan yang kononnya berilmu tetapi masih
jahil dalam bidang yang dibahaskan, maka yang tersebar adalah tidak lain hanya
kesalahfahaman dan juga fitnah.
Antara ideologi jahil tersebut adalah berkenaan teknik pandangan / 'scan' dan
rawatan jarak jauh adalah menyalahi syariah Islam kerana 100% melibatkan bantuan
jin pendamping dan khadam semata-mata. Apabila ideologi tersebut menular dan
menjadi ikutan dalam kalangan pengikut yang bermentaliti rendah tanpa sebarang
usul dan kajian, makanya golongan ini akhirnya berjaya menanamkan dogma minda
yang sempit kepada masyarakat.
Apakah konsep sebenar dalam teknik pandangan/'scan' dan rawatan jarak jauh?
Secara amnya, alam kerohanian seorang manusia adalah merangkumi dan meliputi
seluruh lapisan alam tenaga dan material yang terbentang di alam semesta.
Walaupun secara fizikalnya manusia itu mungkin berada pada tempat yang berbeza,
namun secara rohaninya tenaga mereka sentiasa berada di dalam ruang yang sama
dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berhubung antara satu sama lain.
Manakala dari sudut alam fizikal pula, manusia itu sentiasa memancarkan corak
tenaga rohani masing-masing tanpa mereka sedar.
Jadi dalam teknik pandangan/'scan' jarak jauh, perawat sebenarnya sedang
mengesan dan membaca kerohanian pesakit melalui pembiasan tenaga rohani yang
dipancarkan pesakit. Masalah pada pesakit boleh dibaca melalui corak pembiasan
tenaga rohaninya sama ada tenaga rohani pesakit berada pada tahap yang kasar,
halus atau memiliki kitaran tenaga yang lancar atau lambat dan tersekat.
Penaakulan atau bacaan tenaga rohani ini mampu pergi ke tahap yang lebih
terperinci mengikut ilmu kefahaman dan pengalaman perawat.
Manakala dalam konsep rawatan jarak jauh pula, teknik rawatan ini langsung tidak
melibatkan apa-apa ritual dan upacara seperti yang digembar-gemburkan sesetengah
pihak. Seperti yang telah diterangkan di atas yang mana kerohanian setiap
manusia sedang berada pada ruang yang sama dan hanya menunggu masa yang sesuai
untuk berhubung, maka apabila pesakit dan perawat masing-masing bersetuju dengan
syarat yang dikemukakan kedua belah pihak maka kerohanian antara pesakit dan
perawat akan mula terhubung antara satu sama lain. Apabila kerohanian antara
perawat dan pesakit mula terhubung, maka secara tidak langsung kerohanian
perawat akan memulakan rawatan dan proses kerohanian terhadap kerohanian pesakit
mengikut kemampuan kerohanian perawat tersebut.
Adalah lumrah bagi manusia zaman kini yang tidak kenal dan tahu tentang
kerohanian masing-masing dan kemampuannya. Apabila kesedaran rohani semakin
kurang, maka kualiti manusia itu sendiri semakin terbatas dan lemah. Mentaliti
manusia akhirnya membuatkan kerohanian mereka terbatas kepada ruang dan tempat.
Sedangkan tenaga rohani itu jangkauannya adalah lebih jauh dan luas dari
kemampuan tenaga minda manusia itu sendiri. Bermaksud selagi minda dan pemikiran
manusia mampu memikirkan seseorang atau memikirkan sesuatu tempat yang jauh,
maka tenaga rohaninya mampu bergerak lebih pantas dan jauh dari tenaga mindanya
itu.
Kesimpulannya, tiada istilah batasan dalam teknik pandangan/'scan' dan rawatan
jarak jauh selagi perawat tahu sasaran masing-masing, sama ada melalui nama,
gambar atau lain-lain yang hanya bertindak sebagai penunjuk arah sasaran
semata-mata. Adalah satu kesalahan dan kesilapan sekiranya manusia beranggapan
bahawa hanya ilmu hitam atau sihir sahaja yang mampu dilakukan secara jarak jauh,
tetapi bukan ilmu haq kerohanian. |
|
New Page 1
|