New Page 1
 HOME || Minyak Aura Rezeki || Minyak Pengasih Aura
Minyak Aura Rezeki  Minyak Penga
 
Forex Tools
Sistem Signal Forex
9 Teknik Forex Berkesan

 

 

 

 

 

 

KEBAIKAN HABBATUS SAUDA UNTUK KESIHATAN
 

1. Anti Penuaan

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa thymoquinone bertindak sebagai melawan radikal bebas dan menyumbang kepada pemeliharaan enzim antioksidan yang diperlukan untuk hati untuk menyahtoksik badan. Antioksidan dan anti-apoptosis sifat minyak biji hitam telah terbukti menghasilkan kesan anti-penuaan.


2. Elak Sembelit Dan Masalah Penghadaman

Dr. Amol Ghosh dari N.R.S. Hospital di Kolkata, berkata, "Jintan hitam dapat membantu mengubati sembelit kerana serat yang tinggi dan asid lemak tak tepu yang terkandung di dalamnya. Minyak yang terdapat dalam habbatus sauda dapat melicinkan usus anda, sementara seratnya pula membantu melancarkan pergerakan usus. Biji-bijian ini juga membantu membersihkan cacing di saluran usus anda dan memperbaiki proses pencernaan." Habbatus sauda yang dikisar dan direndam semalaman akan menyebabkan ia mudah dicerna.


3. Menstabilkan Tekanan Darah

Habbatus sauda kaya dengan magnesium yang membantu menghalang hipertensi. Lemak poli tidak tepu dan sebatian sesamin yang terdapat pada minyak bijan hitam diketahui dapat mengekalkan tekanan darah pada tahap normal.


4. Kulit dan Tulang Yang Sihat

Kalsium dalam habbatus sauda membantu tulang menjadi kuat. Manakala, zink membantu menguatkan dan meningkatkan ketumpatan tulang. Bijan hitam ini sangat digalakkan kepada lelaki tua dan wanita menopause kerana golongan ini berisiko tinggi untuk menghidap osteoporosis.

Habbatus sauda juga kaya dengan Vitamin E, yang menjadikan kulit anda sihat dan bertenaga. Minyak bijan hitam juga disyorkan untuk digunakan pada bayi. Bayi yang diurut dengan minyak bijan akan merasa selesa dan dapat tidur yang lena. Selain itu, ia juga baik untuk kulit bayi yang naik ruam.


5. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Jintan hitam kaya dengan sesamolin dan sesamin, iaitu bahan-bahan yang dikenal pasti mampu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga mengandungi magnesium yang membantu menstabilkan tekanan darah. Penyelidikan menunjukkan bahawa dalam kebanyakan biji dan kacang yang digunakan di Amerika Syarikat, habbatus sauda adalah biji yang mengandungi jumlah phylosterols tertinggi.

Phylosterols menurunkan tahap kolesterol. Phylosterols dari tumbuh-tumbuhan dan kolesterol daripada haiwan mempunyai struktur kimia yang serupa. Namun, jika anda makan makanan yang kaya kandungan phylosterols, maka hanya sedikit kolesterol yang akan diserap ke dalam darah anda. Secara tidak langsung, anda telah mengurangkan tahap kolesterol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko penyakit jantung.


6. Elakkan Risiko Kanser

Antioksidan (serat dan lignans) dan phytochemicals (phylosterol) dalam habbatus sauda memberi perlindungan terhadap kanser tertentu seperti kanser kolon. Biji ini juga mengandungi sesamin yang dapat melindungi hati dari kesan radikal bebas. Hati yang sihat sangat penting untuk menyahtoksin dan melawan penyakit seperti kanser. Phylosterols pula membantu menurunkan risiko kanser dengan menguatkan sistem imun.


7. Mengurangkan Tekanan

Magnesium dan kalsium dalam bijan hitam dapat melegakan tekanan. Tryptophan dan thiamin dalam bijan hitam membantu dalam pengeluaran serotonin, iaitu sejenis kompaun dalam tubuh manusia yang membantu mengurangkan kesakitan, mengimbangi mood, dan membuatkan tidur lebih lena.


8. Penggalak Susu (Milk booster) Semulajadi

Habbatus sauda memang terkenal dalam kalangan ibu menyusu sebagai penggalak susu semulajadi. Kandungan kalsium, zink, besi, magnesium, kuprum, vitamin B, lemak tak tepu, dan protein dalam habbatus sauda semuanya bermanfaat, terutamanya dalam membantu wanita untuk menyusukan bayi mereka.


9. Mengurangkan Sindrom Pramenstruasi (PMS) Dan Migrain

Kalsium dalam jintan hitam ini sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah sindrom pramenstruasi dan migrain.

New Page 1

 

 

 


Copyright 2018-

Copyright © 2018-2019 Barang-mujarab.com.
All Rights Reserved. Our future depends on your support.
- S I T E   R E Q U I R E M E N T S -
Best Veiw Internet Explorer or Firefox or Opera 1024 x 768 resolution